Dec 22, 2010

Piza

•250 gram tepung roti

•140ml air suam

•1 1/2 sudu kecil yis

•1 sudu kecil gula

•1/2 sudu kecil garam

•1 sudu besar marjerin boleh diganti dengan 2 sudu besar minyak zaitun

•Sedikit oregano

BAHAN TOPPING :
4 batang sosej yang telah direbus

Sedikit hirisan lada benggala hijau dan merah

Sedikit hirisan bawang

Sedikit hirisan tomato

Sedikit keju mozarela atau keju campuran

Beberapa hirisan buah zaiton hitam

3 sudu besar sos tomato atau sos piza

CARA MEMBUAT :
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan.

2. Lumur sedikit doh dengan marjerin atau mentega, kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit. Langkah ini penting bagi mendapatkan adunan yang lembut dan elastik.

3. Selepas itu, keluarkan dari plastik dan uli lagi beberapa minit dalam mangkuk adunan. Tutup bekas adunan dengan kain bersih atau plastik pembungkus. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang satu jam.

4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan kain bersih atau plastic pembungkus dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada dua bahagian dan canai bulat.

5. Cucukkan dasar doh pizza dengan garpu dan biarkan naik dua kali ganda, Akhir sekali sapu dasar piza dengan sos tomato dan tabur dengan hirisan sosej, lada benggala hijau/merah, tomato, hirisan buah zaiton dan bawang besar.

6. Akhir sekali taburkan juga keju mozarela, bakar pada suhu 180 darjah Celsius selama 18-20 minit atau sehingga permukaan piza perang.

Stik Daging "East Meets West"

Bahan-bahan Kuantiti

Bawang Putih 3 ulas

Bawang Besar 1 biji

Halia (Muda) 2 cm

Kicap Manis 1 sudu besar

Kicap Pekat 1 sudu besar

Sos tiram 1 sudu besar

Daging Batang Pinang 500 gram

Serbuk kunyit secukup rasa

Sedikit garam secukup rasa

Minyak. Untuk menumis

Cara penyediaan :

1. Perap daging dengan serbuk kunyit dan garam dalam 30 minit.
2. Goreng daging yang di perap, tetapi jangan sampai keras.
3. Keluarkan daging dan masukkan ke dalam pinggan.

Cara membuat kuah :

1. Tumis bawang, bawang putih dan halia sampai naik bau.
2. Masukkan semua bahan-bahan dan gaul rata.